/* menu bar */ #menubar{ margin: 0; padding: 0; float:left; border:1px solid #e5e5e5; width:100%; background:#e5e5e5; } #menubar li{ margin: 0; padding: 0; list-style: none; float: left; font: bold 11px arial; } #menubar li a{ display: block; margin: 0; padding: 4px 10px; background: #666; color: #fff; text-align: center; text-decoration: none; border:2px solid #ffffff; border-right:3px solid #ccc; } #menubar li a:hover{ background: #000; } #menubar div{ position: absolute; visibility: hidden; } ]]>

Produk Kraf Rotan

Pelbagai saiz dan warna

Kedai Kraf Anyaman

Lokasi : No. 190, Jalan Sultan Idris Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Kedai Kraf Anyaman

Lokasi : No. 190, Jalan Sultan Idris Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Thursday, March 21, 2013

OKU Cemerlang

Encik Osman Saki, 72 tahun seorang penganyam rotan yang gigih bekerja dengan PPOC Perak sejak tahun 1977. Seramai tiga OKU cacat penglihatan masih lagi bekerja menghasilkan produk kraf rotan untuk Koperasi OKU Kinta Berhad. Kegigihan bekerja dan komitmen memajukan diri dan keluarga mereka dengan pendapatan sebagai penganyam rotan selama ini amat dihargai.Tahniah juga kepada Encik Mohd Rashid bin Mat Seh, Encik Zamzuri bin Umar dan Encik Mohamad bin Abdullah.

Cik Guna Sundary a/p Konasegaran adalah operator pengeluaran sampul surat di Bengkel Terlindung PPOC Perak sejak tahun 1993 telah berjaya membina kerjaya dan berusaha memajukan diri. Kesungguhan beliau berdikari walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda dan berhadapan dengan masalah pergerakan sewajarnya dibanggakan.

Wednesday, February 16, 2011

Menjelang 35 tahun PPOC Perak pada 2012

Sejarahnya ~

Lawatan Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani pada 12 Mac 1975, ketika itu sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia ke Bengkel Lembah Kinta (Bengkel Terlindung), Gunung Rapat, Ipoh bersama mengiringi Tan Sri ketika itu adalah mendiang Dato' Lim Siang Guan (yang ke 4 dari kanan), Presiden PPOC Perak yang pertama.